Netizen Terharu Pelajar Biarkan Dirinya Dipeluk OKU



Dek kerana membiarkan dirinya dipeluk oleh lelaki kurang upaya seorang pelajar menerima pujian daripada netizen kerana berhati mulia.

Godfrey Coutto yang merupakan seorang pelajar ketika itu berada di dalam sebuah bas untuk perjalanan ke rumahnya.


Secara tiba-tiba seorang lelaki bernama Robert menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.

Robert bagaimanapun tidak melepaskan tangan Coutto, malah memeluk dan mencium tangan Coutto.

“Saya sangkakan ia merupakan aksi untuk mempermainkan saya tapi rupanya ia bukan begitu. Saya melihatnya dan berulah sedar bahawa dia golongan kurang upaya," ujar Cuotto sambil menambah tidak sampai hati untuk menolak pelukan itu.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »