Isteri baik dicerai suami kerana perempuan lain

Ada seorang staf perempuan kat ofis aku, anak dah 3 orang, kecik2 lagi, paling tua 6 tahun, paling kecik setahun lebih. Kalau dilihat dari perwatakannya di ofis memang seorang yang sangat baik, rajin, jaga pemakaian, pertuturan, tingkahlaku, rupa pun boleh tahan takde la hodoh mana.

Baru2 ni dia kena cerai dengan suami dia kerana lelaki dia sudah ada perempuan lain. Aku tanya kat dia daripada bercerai kenapa tak bermadu je. Dia cakap dia sendiri dah beritahu suami dia yang dia tak kisah bermadu, lagipun dia masih sayang kat laki dia, cuma laki dia memang nak ceraikan dia jugak sebab laki dia dah takde perasaan cinta dan sayang kat dia, malah dia sendiri sanggup undur diri asalkan suami dia tu dapat hidup gembira dan bahagia dengan perempuan tersebut.

Gambar hiasan

Aku terkedu.

Kalau bini dia tu jahat, liar, tak cantik atau lain2 sebab yang logik untuk diceraikan tu aku faham lah. Tapi aku tak faham kenapa perempuan yang sikit punya baik macam tu pun boleh kena cerai? Malah dia sanggup dirinya menderita asalkan suaminya mendapat kebahagiaan.

Biasa perempuan nak mintak clash dari pakwe guna alasan "Awak terlalu baik untuk saya. Saya tak layak untuk awak. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik dari saya."

Lelaki pula nak ceraikan isteri dia pun guna alasan "Awak terlalu baik untuk saya. Saya dah tak layak untuk awak. Awak berhak dapat suami yang lebih baik dari saya."

Kesian betul jadi orang baik. Selalu dijadikan sebagai alasan untuk berpisah.

Ada orang kata, kita perlu dengar dari mulut kedua2 pihak baru kita dapat gambaran sebenar dan boleh buat penilaian. Cuma dalam hal ni, wanita tersebut pun takde cakap suatu yang buruk terhadap bekas suami dia walaupun dah kena cerai, dan suami dia pula walaupun aku tak kenal dan tak dengar apa alasan dia ceraikan bini dia tu, tapi setakat aku tengok kat Fesbuk dia memang selalu dia upload gambar dia berkepit dengan kekasih dia tu.

So dalam hal ni, aku betul2 rasa something not right pabila suami orang tu menceraikan bini dia disebabkan ada ada perempuan lain malah sukar untuk aku untuk menyabitkan kesalahan itu pada sang isteri atas keruntuhan rumahtangga mereka.

Entahlah...

Aku pun tak tahu apa lagi yang manusia macam ni nak cari dalam hidup ni sebenarnya. Dalam dunia ini banyak lagi benda yang kita boleh cari dan explore selain daripada perempuan, nafsu dan seks.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »