Inilah 12 Jenis Bela Diri Yang Paling Di Geruni Di Dunia

Seni bela diri atau seni pertahankan diri telah wujud sekian lamanya. Seni bela diri terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tempur bersenjata dan tempur tanpa senjata.

Pada zaman nenek moyang dulu, seni bela diri biasanya hanya dipelajari oleh pihak tentera untuk bertempur ketika perperangan. Namun seiring peredaran zaman, orang awam juga mula mempelajari seni bela diri tanpa mengira bangsa, jantina dan golongan umur. Seni mempertahankan diri dianggap suatu perkara yang penting dikalangan orang awam di zaman ini kerana bermacam kejadian jenayah berlaku tanpa diduga.

Dibawah ini adalah antara 12 senibela diri yang paling terkenal dan digeruni di saentaro dunia :



Silat

Silat merupakan seni bela diri rumpun Melayu yang terkenal di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei, Selatan Filipina dan Selatan Thailand. Sehingga kini, terdapat hampir 500 jenis aliran silat yang diamalkan di Malaysia.


Tomoi

Tomoi atau Muay Thai adalah seni bela diri yang terkenal di negara gajah putih iaitu Thailand. Seni bela diri yang kebiasaannya menggunakan kekuatan siku dan lutut sebagai senjata utama menjadikan tomoi sangat unik


Taekwondo

Kebanggaan orang Korea yang ditambah baik pada 1940 dan 1950. Menggunakan simbol 'payung', sewaktu penaklukan Jepun keatas Korea, seni bela diri ini diharamkan.


Karate

Dibangunkan di Pulau Ryukyu, Jepun. seni bela diri ini banyak dipengaruhi gaya Kung Fu dari China. Sempena pertukaran budaya yang berlaku antara China dan Jepun ia secara sistematik di ajar di Jepun semasa era Taisho. Jepun mengubah nama kepada Karate dan memasukkan elemen-elemen jepun untuk mengidentitikan martial arts tersebut.


Kung fu

Tak lain tak bukan merupakan martial arts yang berasal dari China. Orang Cina memanggilnya 'gong fu'. kewujudan Shaolin kungfu berkait rapat dengan institusi pertama yang wujud di China dan ia merupakan satu-satunya bukti peninggalan askar Shaolin dalam peperangan.


Judo

Telah dimodenkan dan menjadi antara acara dalam Olimpik. Objektifnya mudah untuk menumbangkan pihak lawan atau menjatuhkan pihak lawan ke tanah. Judo diambil dari perkataan Jujutsu yang membawa maksud 'hasil jalan kelembutan.


Wushu

Wushu juga merupakan sambungan daripada Kung fu yang terlahir dari negara matahari terbit ini. 'Wu' merupakan dari 2 karektor bahasa cina yang bernama 'Zhi' yang membawa maksud 'berhenti' dan 'Ge' merupakan satu senjata purba China. Jadi secara tidak langsung, pengamalan Wushu adalah bertujuan untuk menghentikan konflik dan mengembangkan keamanan sambil mempertahankan nilai tinggi budaya seni mempertahankan diri.


Kendo

Kendo merupakan seni mempertahankan diri moden bagi negara jepun yang membawa maksud 'laluan pedang'. menggunakan batang tebu sebagai perisai kini ia diamalkan di pelbagai negara seluruh dunia.


Aikido

Berbeza daripada Kendo, Aikido banyak dipengaruhi oleh falsafah dan juga kepercayaan. Mempercayai pada penyatuan tenaga. Wujudkan seni mempertahankan diri ini adalah lebih kepada membela diri serta mengelakkan penyerang dari mendapat kecederaan.


Kalaripayat

Asalnya dari Kerala dan merupakan salah sat dari sistem serangan yang tertua wujud di dunia. Kini ia banyak diamalkan di Tamil Nadu dan juga komuniti kecil di Malaysia yang berketurunan Malayali. Antara gerakan adalah serangan, sepakan, pergelutan, senjata yang disatukan dalam tarian kerala.


Silambam

Berlainan dengan Kalaripayat, silambam menggunakan senjata. Tradisinya diamalkan oleh masyarakat Tamil, Silambam merujuk pada perkataan Silam yang membawa maksud 'bukit' dan kannada membawa maksud 'tebu'. Antara teknik/cakra terkenal adalah nagam-16 (ular-16), kallapathu (10 pencuri), kidamuttu (sampukan kepala kambing), kuravanchi, kalyanavarisai, thulukkanam.


Capoeira


Merupakan seni mempertahankan diri Brazil, ia menggabungkan tiga elemen iaitu tarian, akrobatik dan juga muzik. Capoeira dikenali dengan kepantasan, gerakan yang kompleks yang kesemuanya menggunakan tenaga yang kuat, kuasa pecutan yang disamarkan dalam tarian. Pada tahun 2014, ia diiktiraf sebagai salah satu seni warisan tak ketara oleh UNESCO. - mforum2

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »