Digelar Hantu Oleh Pengikut Di Instagram, Adira Beritahu Ibunya Menangis Kerana Terguris





Hati ibu mana yang tidak terguris jika anaknya digelar pelbagai gelaran, misalnya hantu.

Itu yang didedahkan penyanyi Adira mengenai perangai pengikut Instagramnya yang agak keterlaluan dengan mengejeknya sebagai hantu dan mendoakan keburukannya.

Adira mendakwa sebilangan pengikutnya meninggalkan komen yang agak sensitif, walaupun ada di antara mereka hanya berniat untuk bergurau.

"Mereka memang selalu ejek saya hantu di Instagram, saya tidak kisah dan peduli sehingga pada minggu lalu ibu saya telefon dan menegur tentang perkara itu.

"Dia sungguh sedih apabila mereka menulis begitu biarpun hanya untuk bergurau. Lebih teruk ada yang mendoakan agar saya tidak boleh berjalan pada satu gambar di Instagram," ujarnya memetik mStar Online.



Rabu lalu Adira ada memuatnaik satu gambar di laman sosial tersebut yang memaparkan dia memakai jubah sambil menaiki skuter roda elektrik.

Gambar itu akhirnya mencetuskan sedikit ketegangan apabila Adira membalas beberapa komen daripada pengikutnya yang mengkritik gambar itu tanpa memikirkan perasaan ibunya.

"Saya jarang balas komen-komen di Instagram, namun bila ibu saya menangis dan sedih saya jadi marah dan ingin mereka tahu perkara itu tidak sepatutnya berlaku.

"Kalau seorang dua sahaja tidak mengapa, ini tidak... mereka tag kawan-kawan yang lain supaya meninggalkan komen yang buruk-buruk pada gambar saya itu," ujarnya. -Siakapkeli.my

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »