GILA. Itu yang dilakukan oleh seorang wanita berusia 20-an yang melahirkan anaknya di celah semak di tepi jalan, sebelum meninggalkan bayi berkenaan dan melarikan diri dengan menaiki skuter bersama seorang lelaki.
Bayi berkenaan bagaimanapun meninggal dunia dalam kejadian yang disifatkan oleh penduduk di China sebagai satu perbuatan jenayah yang tidak berperikemanusiaan.
Menurut saksi, dia melihat wanita itu membongkok di tepi jalan. Dia menyangka wanita itu sakit namun apabila dihampiri wanita itu tidak memakai seluar dalam dan kepala bayi kelihatan di antara kakinya.
Selepas beranak, dia membalut bayi berkenaan dengan kain putih. Saksi berkenaan mendakwa wanita itu mahu membuang bayinya dalam parit namun berubah fikiran dan meninggalkannya di tepi semak.
Dia kemudian melarikan diri dengan seorang lelaki yang menunggu di atas skuter.
Saksi tersebut kemudian menghubungi polis dan apabila mereka tiba, bayi itu sudah meninggal dunia.
Bayi itu dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan, iaitu dalam usia antara lima dan enam bulan. Namun tidak diketahui sama ada ia masih hidup ketika dilahirkan.
Polis kini sedang menyiasat kejadian berkenaan. – SUMBER MYNEWSHUB.CC