SEMBANG NAK BERSIHKAN SEGALA-GALANYA, TAK BERANI PULA MARIA CHIN ABDULLAH DEDAHKAN TENTANG WANG RM2.4 JUTA!!!


Tersalah cakap yang BERSIH mendapat bantuan daripada proksi Zionis, Maria Chin Abdullah cuba mengawal lebih banyak kekantoian dengan keengganan untuk mendedahkan dari mana BERSIH 4.0 memperolehi wang RM2.4 juta untuk penganjuran demonstrasi mereka.

Kata Maria Chin Abdullah, semuanya hanya akan dijelaskan dimahkamah. Malahan gantirugi yang dituntut oleh DBKL kepada BERSIH 4.0 kerana kerosakan harta awam dan sampah sarap yang dilakukan oleh para penyokong BERSIH 4.0 juga, hanya akan dijawab di mahkamah.

Pendek kata, mahkamah cuba dijadikan alasan oleh Maria Chin Abdullah untuk dia melarikan diri.

Sembang tentang ketelusan, kejujuran, kebersihan dan sebagainya, tetapi tentang diri sendiri, tak pula dipraktikkan.

Ketika disoalsiasat oleh polis di Bukit Aman, Maria Chin Abdullah berkata, mereka mempunyai hak untuk tidak menjawab sebarang soalan dan mempunyai hak untuk tidak mendedahkan daripada mana mereka memperolehi RM2.4 juta untuk tujuan demonstrasi tersebut.

Sebelum ini didedahkan bahawa BERSIH 4.0 mendapat penajaan daripada NED walaupun Ambiga menafikan BERSIH mendapat penajaan daripada NED sebaliknya daripada dua entiti yang dimiliki oleh NED iaitu OSI dan NSI.

NED terkenal dengan penajaan yang bertujuan untuk menghuru-harakan sesebuah negara seperti yang berlaku di negara-negara Timur Tengah demi kelangsungan dan kewujudan Negara Haram Zionis Israel. Berselindung di sebalik nama demokrasi, NED tidak lebih daripada sekadar alat untuk memastikan penguasaan Zionis dalam segala hal ehwal dalaman sesebuah negara.

Maria Chin Abdullah setelah ditekan oleh wartawan akhirnya memberitahu secara klise bahawa RM2.4 juta itu telah digunakan untuk membayar peralatan yang digunakan selama dua hari demonstrasi. Selain itu, bakinya juga akan digunakan untuk membantah usaha yang dilakukan oleh SPR terutama apabila mereka kalah di Sarawak, pendaftaran dan juga untuk tujuan kempen bagi PRU-14.

Menariknya, apabila ditanya apakah sebahagian daripada RM2.4 juta itu akan digunakan untuk membayar ganti rugi kepada DBKL kesan daripada kerosakan yang dilakukan oleh para peserta demonstrasi BERSIH 4.0, Maria Chin Abdullah berkata, mereka akan mengkajinya terlebih dahulu kerana berkemungkinan besar terdapat penganjr-penganjur lain yang mengadakan acara berbeza di Bandaraya Kuala Lumpur.

Senang betul menyerahkan tanggungjawab dan kesalahan yang dilakukan kepada orang lain. Langsung tidak mahu bertanggungjawab walaupun sibuk mempersoalkan tanggungjawab pihak lain terutama sekali kerajaan.

Tapi apa yang hendak dihairankan kalau BERSIH itu adalah DAP sebab perangai menyalahkan dan menuding jari kepada orang lain apabila mereka sendiri melakukan kesalahan, sudah menjadi lumrah dan amalan DAP dari tarikh 13 Mei 1969 lagi!!!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »