Saya juga ada hak bersuara... kata anak TPM, Lt. Muda Nurulhidayah. Gara-gara tulisannya di facebook yang mengecam mereka yang menyertai himpunan Bersih 4, anak Timbalan Perdana Menteri, Nurulhidayah Ahmad Zahid telah berdepan dengan serangan balas.
Lt. Muda Nurulhidayah, anak TPM, Zahid Hamidi |
Namun Nurulhidayah tidak gentar berdepan dengan situasi ini.
Baca: Bantahan Bersih 4.0 kerja sia-sia, kerja bodoh, kata anak Zahid Hamidi
Pada Selasa, beliau telah menjawab dan mempertahankan pandangannya serta menegaskan tidak akan berdiam dan akan terus berkata-kata.
Nurulhidayah Zahid |
Nurul Hidayah bersama Dato' Siti Nurhaliza |
BERIKUT IALAH TULISANNYA :
IF. Jika. If sy snobbish or sombong or bongkak sy tak akan terbuka bersahabat dgn yg sy tak kenal. Sy bukan Ahli Parlimen di kawasan anda atau wakil rakyat anda. Sy WARGANEGARA MALAYSIA yg juga ada hak bersuara. Sy bersuara hanya sekali berbanding anda yg selantangnya menjadi Tuhan menghukum manusia. Sy tak menyentuh perkauman atau bangsa. Sy cuma pertikaikan kewarasan segelintir anda yg tidur dijalanan kononnya menyatakan untuk menyatakan kebenaran. Beberapa bulan lepas ketika insiden di Low Yatt, sy juga lantang menyatakan ia tidak patut berlaku. Kenapa? Kerana perbuatan bergaduh sedemikan rupa, terlarang oleh mana2 agama sekali pun. Sy disalah ertikan ketika menyatakan BERSIH adalah perbuatan yg SIA-SIA dan BODOH. Sy diserang secara peribadi. Sy tidak akan berdiam dan akan terus berkata-kata. Siapa saya di mata anda? Sy bukan sesiapa. Siapa saya disisi Dia? Sy Hamba Allah yg akan terus bersuara. Sy pohon agar Dia memelihara kita semua, negara Malaysia amnya.
Benar. Sy bertanggungjawab dengan kata-kata sy. Sy bertanggungjawab dgn 'Freedom Of Speech' sy. Sy bertanggungjawab dengan tidak rela melihat rakyat 'diheret' dijalanan. Sy juga bertanggungjawab untuk tidak melihat segelintir kita diperalatkan. Waima Kerajaan atau Pembangkang semua kena berubah. Ramai yang menyalah anggap tetapi ada juga yg mengerti. Sy tidak mengupah sesiapa dlm berkomunikasi di sosial media. Ini suara sy. Suara hati sy antara 30 juta rakyat Malaysia. Setakat ini, sy merasakan cukup anda mengenali sy. Sy maafkan anda yg menghina seluruh keturunan sy. Sy pohon pd Tuhan agar anda dan seluruh keluarga n keturunan anda dilindungi dan terlindung oleh fitnah manusia. Bagi sy, life must go on. Sy perlu terus bekerja. Sy perlu bersama dgn segelintir anda yg memahami erti perjuangan sebenar.
Salam hormat,
Lt Muda Nurulhidayah Ahmad Zahid.
1/9/2015