Rahsia Shafie Afdal Akhirnya Terbongkar

Keputusan Perdana Menteri untuk mencalonkan adik salah Naib Presiden UMNO, Datuk Haji Mohd Yusof Apdal, 'Banduan Politik' yang digantung keahlian selama satu penggal kerana politik wang menunjukkan Tranformasi Politik yang cuba dibawanya gagal diserlahkan. Amat malang bagi demokrasi di Silam kerana Najib tidak tegas dengan keputusannya untuk memilih sekurang-kurang AJK UMNO Bahagian sebagai Pra-syarat untuk dipilih sebagai calon kerana memilih Yusof yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Bahagian atau UMNO; melainkan pelobi projek dan pemburu komisyen 20 % bagi pihak abangnya untuk semua projek mega NKRA.

Walaupun ramai calon yang layak, terutama yang berada di luar bahagian setaraf dengan Yusof, seperti Haji Matusin Sunsang, Haji Yusof Serangit; atau dalam bahagian seperti Saleha Abdul Wahid; tetapi kesilapan Najib mendengar 'pujuk rayu' Yusof dan abangnya, Shafie telah menyebabkan DUN Lahad Datu dan Parlimen Silam berada dalam risiko terlepas kepada pembangkang, terutama PKR.

Sekalipun lawan Yusof, Dr Hamid Awong hanyalah pendatang baru dalam politik, tetapi Pfoffesor yang mengukir nama dalam bidang penyelidikan marin di Australia dan Amerika ini mempunyai kekuatan peribadi untuk mendapatkan undi protes daripada Wanita dan golongan yang marah dengan 'Penjajahan Orang Semporna' di Lahad Datu dan Parlimen Silam sejak di zaman Tun Sakaran lagi.

Hamid hanya memerlukan sedikit undi daripada ahli UMNO yang kecewa kerana Anak Jati Lahad Datu yang 'Anti-Semporna' bertekad untuk memastikan Yusof kempunan dalam PRU-13 setelah sekian lama politik Lahad Datu di bawah ketiak pemimpin Semporna.

Entah badi apa yang menimpa Silam/Lahad Datu sehingga tidak ada anak tempatan yang layak menjadi Ahli Parlimen kerana semua Ahli Parlimen sejak merdeka adalah 'Bidan Terjun' ataupun 'Sehek' dari Semporna.

Bermula daripada Dara Lampad (bapa Ketua Wanita UMNO Semporna Hajjah Manismuka); Tun Sakaran Dandai (Semporna); Abdillah Abdul Hamid (Semporna); Datuk Railey Jeffrey (Keeling Island, Cocos); Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman (Semporna); Salleh Kalbi (Semporna) dan baru pertama kali Parlimen Silam diwakili Anak Jati Lahad Datu iaitu Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Tindakan Najib memilih Yusof umpama meletakkan nila setitik ke dalam segelen susu kerana menyebabkan luka lama berdarah kembali dengan dendam kesumat; apatah lagi Yusof turut bersubahat dengan abangnya menaja pembangkang dalam Pilihanraya Kecil Batu Sapi 2010.

Walaupun video pengakuan jujur 'mangsa tipu' telah diserahkan kepada Perdana Menteri, namun Najib tetap memilih Yusof dan membuang Salleh Kalbi yang selama ini banyak menaikkan nama BN di Parlimen terutama melancarkan perang psikologi terhadap Anwar Ibrahim.

Jika punca utama Salleh Kalbi digugurkan kerana menghadiri dan berucap di Majlis SAPP; apa bezanya dengan Yusof dan abangnya Shafie kerana menaja pembangkang (bukti mencukupi ada pada beberapa orang yang dipercayai turut memiliki Videoklip mangsa).

Bagi mengelakkan BN kecundang buat pertama kali di Lahad Datu, ada baiknya Yusof mengundurkan diri dan memberikan laluan kepada Anak Jati Lahad Datu seperti Ketua Wanita, Ketua Puteri atau Ketua Pemuda?

Sebagai pemimpin yang 'dibuang' daripada UMNO melalui Lembaga Disiplin dan tewas pada pemilihan UMNO 2008, Yusof seharusnya sedar diri dan berhenti bermain 'wayang' terutama mimpi lama untuk menjadi Ketua Menteri Sabah setelah abangnya gagal menumpaskan Musa Aman.

Masih ada 24 Jam dari sekarang untuk Yusof berundur secara terhormat sebelum dimalukan oleh Anak Jati UMNO yang kini berjinak dengan Dr Hamid Awong dan calon STAR, Ariffin Hamid Marican.~sabahkini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »