Bangkok – Penduduk Thailand gempar dengan kemunculan cahaya misteri di langit dipercayai meteor yang jatuh pada waktu siang.
Rakaman video dari kereta dan kenderaan lain menunjukkan satu cahaya putih yang terang jatuh dari langit.
“Ketika itu matahari terang dengan langit biru apabila saya nampak satu cahaya terang.
Penasihat Instutut Kajian Astronomi Kebangsaan Thailand, Voravit Tanvuttibundit, berkata dia pasti cahaya terang pada jam 8.40 pagi (waktu Thailand) itu ialah meteor kerana ia bergerak laju dan amat terang.
Tahi bintang atau meteor ialah batu di angkasa yang memasuki atmosfera bumi dengan kelajuan kira-kira 60 kilometer sesaat dan ia terbakar menjadi cahaya terang.