Seorang lelaki maut selepas terjauh dari cenuram setinggi 30 meter semata-mata mahu mengambil selfie.
Lelaki dianggarkan berusia 30 tahun itu dipercayai tergelincir ketika mahu mengambil gambar di hujung cenuram di Zhuji, wilayah Zhejiang.
Agensi berita Xinhua melaporkan, mayatnya ditemui di dalam anak sungai di Air Terjun Longmen berhampiran Gunung Dongbai.
Turut ditemui di sebelahnya, kayu selfie dan telefon bimbit.
Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Pada 2013 seorang pelancong wanita maut selepas terjatuh dari cenuram setinggi 55 meter di wilayah Heilongjiang setelah tergelincir ketika mengambil gambar. - Agensi
