Nora Danish Tak Terkesan Dengan 'Haters'

Polis Evo - Nora Danish

Wartawan: Faris Othman Jurugambar: Shareza Shafiee
Mempunyai sejumlah 2.3 juta pengikut di laman Instagram cukup membuktikan betapa berpengaruhnya Nora Danish di Malaysia. Walaubagaimanapun, dalam jumlah seramai itu juga turut terselit golongan haters yang sentiasa tidak senang dengan apa jua tindak-tanduk ibu muda ini.
Tambahan pula, kenyataannya tentang pengakhiran kisah cinta dengan Nedim baru-baru ini, pasti membuatkan golongan berkenaan bertepuk tangan bersorak gembira tanda ‘kemenangan’ bagi mereka melihat kisah cinta Nora-Nedim putus di tengah jalan.
“Masa kami bersama pun ramai pihak yang tak suka walaupun ramai juga yang suka. Bila kami berpisah, mestilah yang tak suka itu gembira. Bagi kami, itu semua lumrah hidup. Sebab sebelum ini pun saya tak pernah dedahkan dengan siapa saya bercinta, cuma dengan Nedim je saya lebih terbuka.
[caption id="attachment_182695" align="aligncenter" width="500"]Polis Evo - Nora Danish "Itu semua lumrah hidup," kata Nora[/caption]
“Saya tak terkesan langsung dengan adanya haters. Sebab saya boleh tergelak dengan pos-pos Instagram mereka. Kata-katanya kelakar dan lucu. Cakap pasal hidung saya kembang la, padahal orang yang buat (hidung) tak nak kutuk, cakap pasal saya yang asli pula,” ujar Nora.
Tidak sedikit hamburan kata-kata kejian diterima di ruangan komen Instagramnya dalam hampir setiap pos. Malahan ada satu akaun yang berselindung di sebalik nama ‘Miss Kepoh’ tidak ketinggalan menghentam selebriti termasuklah Nora sendiri dari pelbagai sisi.
[caption id="attachment_182694" align="aligncenter" width="500"]Polis Evo - Nora Danish Nora memberitahu yang dia tergelak dengan pos-pos yang dibuat haters[/caption]
“Tindakan undang-undang sudah diambil. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Kadang-kadang kita tak perlu bongkarkan siapa dia, dia akan terbongkar sendiri,” katanya apabila ditanya adakah tindakan diambil ke atas pengendali akaun itu.
Bukan sekadar ‘Miss Kepoh’, malahan pengikut yang kononnya peminat juga tidak kurang hebat menaip komen di peranti canggih masing-masing tanpa menjaga hati dan perasaan pihak yang dikomen. Sebagai selebriti, Nora akur pada norma hidup, ada yang benar-benar minat, ada yang sekadar gunting dalam lipatan sahaja.
[caption id="attachment_182687" align="aligncenter" width="650"]Polis EvoNora ditemui di majlis tayangan media filem terbaharunya, 'Polis Evo'[/caption]
“Saya sedari mempunyai haters tapi saya malas nak fikirkan sangat. Sejak kebelakangan ini, saya lebih kepada nak mempertahankan diri saya. Mereka (haters) kadang-kadang mengutuk atas sesuatu yang bercorak serangan peribadi, mengkritik anggota fizikal dan macam tahu semuanya tentang saya walhal tidak sama sekali,” menurutnya.
Dia ditemui di majlis tayangan media filem ‘Polis Evo’ yang dibintangi Zizan Razak dan Shaheizy Sam, dan yang paling penting, Nora bercakap dialek Terengganu hampir keseluruhan tayangan. Saksikan di pawagam mulai 17 September ini.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »