Ketika anda bercermin, menatap wajah anda yang gagah atau cantik tentu saja anda merasa senang dan gembira, bukan? Tapi pernahkah anda mengetahui bahawa ada makhluk yang mengerikan sedang hidup di wajah anda? Secara mata kasar mungkin anda tidak menyedarinya kerana memang saiznya sangatlah kecil. Anda tidak perlu terkejut ketika mengetahuinya kerana setiap bahagian tubuh manusia di huni oleh makhluk-makhluk kecil yang berukuran ekstra miroskopik. Tidak terkecuali adalah wajah anda yang anda kagumi itu.
Ya, ada makhluk yang mengerikan yang hidup di wajah anda. Apakah iya? Seperti di petik dari Medicine.academic.ru wajah manusia di huni oleh makhluk kecil iaitu kutu yang dinamakan Demodex folliculorum dan Demodex brevis. Demodex folliculorum merupakan kutu yang berada di folikel rambut , sedangkan kutu Demodex brevis hidup di kalenjar yang sangat berdekatan dengan folikel rambut. Untuk sebahagian besar dari kutu-kutu ini di temukan di wajah anda , juga ada di hidung , kening dan juga bulu mata.
Semakin tua umur seseorang maka akan semakin banyak jenis kutu ini akan hidup ber berkembangbiak di wajah anda. Di katakan oleh seorang ahli serangga bahawa penyebaran kutu ini dipercayai kerana adanya hubungan rapat antara orang dengan orang lainnya. Makhluk ini akan menghabiskan siklus hidupnya hanya di dalam folikel rambut termasuk dari lahir hingga mati di wajah anda. Perlu anda tahu juga bahawa makhluk ini sangat takut dengan cahaya oleh kerana itu mereka bergerak ketika wajah anda tidak terkena sinar cahaya secara langsung. Pergerakannya juga begitu lambat, iaitu hanya 1 cm per satu jam.
Apakah dengan adanya makhluk ini dapat menimbulkan penyakit? untuk sementara waktu ini belum ada bukti yang menunjukan bahawa kewujudan makhluk ini dapat menimbulkan penyakit walaupun ada yang menyebutkan bahawa makhluk ini ada kaitannya dengan penyakit kulit. Selain dari itu, dengan adanya 2000 jenis kutu wajah di wajah anda menunjukan bahawa wajah anda sihat. -AP