Malunya...bomba potong cincin tersekat pada kemaluan lelaki

Biasanya kita cuma dengar orang meminta bantuan untuk memotong cincin yang tersekat pada jari. Tetapi kali ini, seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan selama beberapa jam sambil menanggung malu besar, apabila cincin besi yang dipasang bagi tujuan seks, tersekat pada kemaluannya yang membengkak.

jom klik sini


Akibatnya, dia terpaksa dikejarkan untuk bantuan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur(HKL). Selepas pasukan doktor di Unit Kecemasan HKL tidak dapat mengeluarkan cincin berkenaan, mereka akhirnya mendapatkan bantuan bomba dan penyelamat, yang sebelum ini biasanya dipanggil memotong cincin yang terlekat pada jari.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, berkata 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa bergegas ke HKL, sejurus menerima panggilan pada jam 3.46 petang. Beliau berkata, anggota pasukan itu mengambil masa hampir sejam sebelum berhasil memotong cincin berkenaan daripada kemaluan mangsa.

"Anggota kami terpaksa menggunakan pemotong khas bagi memotong besi cincin terbabit pada dua bahagian sebelum ia berjaya dikeluarkan dari kemaluan lelaki berkenaan". katanya.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »