Kalau Najib Hadir Persidangan Anti Rasuah Tu.. Mana Dia Nak Letak Muka Agaknya Isu Derma RM2.6 Billion Dibangkitkan?

Kalau Najib Hadir Persidangan Anti Rasuah Tu.. Mana Dia Nak Letak Muka Agaknya Isu Derma RM2.6 Billion Dibangkitkan?

Nampak macam nak cover Najib saja kenyataan Paul Low ni.. alasannya jelas satu cubaan untuk memperbodohkan rakyat..
Kononnya menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan supaya menarik diri daripada merasmikan Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) di Putrajaya hari ini kerana kemungkinan beliau terpaksa berdepan dengan persekitaran yang “ganas”.
Beliau berkata sebagai menteri, beliau perlu memberi nasihat kepada Najib selepas mengambil kira keadaan dan pandangan terhadap isu yang membabitkan dirinya secara peribadi.
“Beliau dinasihatkan jika datang, mungkin terpaksa berdepan dengan aktivis yang garang.
“Saya terpaksa menasihati beliau. Saya kata saya boleh pergi tetapi jika anda mahu..anda boleh. Tetapi apa yang saya lihat di sini khalayak agak sivil,” kata Low di Putrajaya hari ini.
Bercakap kepada perwakilan persidangan itu, Low berkata beliau menasihatkan Najib sedemikian kerana suasana semasa dan atas alasan keselamatan untuk perdana menteri… laporan penuh bacalah di (SINI )
Mustahil ‘Pahlawan Bugis’ takut menghadapi aktivis yang garang dalam persidangan tu.. lagipun body guard dia kan ramai.. apa yang Najib nak takutkan?
Mungkin dah diketahui oleh Najib isu ‘Derma RM2.6 Billion’ yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya itu akan dibangkitkan kot?
Jadi mengelak dari hadir lebih baik dari malu kerana gagal memperbodohkan perwakilan dari seluruh dunia itu..
Ketua-ketua Bahagian UMNO bolehlah diperbodohkan oleh Najib..
Laporan berkaitan..
Malaysia perlu memberikan jawapan terhadap dana berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) yang dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Transparency International dalam persidangan anti rasuah di Putrajaya, hari ini. 
Presidennya, Jose Ugaz berkata komitmen Malaysia untuk membasmi rasuah tidak boleh dianggap serius selagi tiada penjelasan diberikan terhadap dana berkenaan. 
“Kita mahu melihat lebih banyak perkembangan, tetapi ia tidak mungkin berlaku ketika soalan mengenai AS$700 juta yang dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri belum dijawab,” kata Ugaiz. 
Beliau berkata demikian pada acara pembukaan rasmi Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) ke-16 di Putrajaya, hari ini. 
Perwakilan dari 130 negara yang berada di dalam dewan memberikan tepukan gemuruh terhadap kenyataannya itu. 
“Tiada pihak yang berada di Malaysia tidak menyedari dakwaan rasuah ini sejak beberapa bulan lalu dan bagaimana ianya merosakkan negara.
“Ada krisis rasuah di sini,” kata Ugaiz. 
Beliau berkata, dalam tempoh beberapa minggu, peguam negara yang ‘kritikal terhadap kerajaan’ digantikan, pasukan petugas khas yang menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) digantung tugas, penyiasat ditangkap dan akhbar digantung.
“Ini bukan tindakan kerajaan yang menentang rasuah,” katanya.
“Mungkin kita mendengar janji pembaharuan. Bukan ini yang diperlukan ketika ini. Dan janji semata-mata tidak akan mengembalikan kepercayaan dan keyakinan,” tambahnya.
Ugaiz merupakan peguam di Peru dengan sejarah membasmi rasuah dan berkata, hanya ‘seorang individu’ mampu memberikan jawapan, iaitu Najib.
Beliau bagaimanapun berkata, jika individu itu enggan ke hadapan, hanya badan penyiasat bebas yang tidak mempunyai kaitan dengan campur tangan politik boleh mencari kebenarannya.
“Sehingga itu berlaku, tiada dakwaan daripada kerajaan berkenaan anti rasuah akan kredibel,” katanya.
Kuala Lumpur menjadi tuan rumah penganjuran IACC dan Najib akan memberikan ucaptamanya.
Persidangan di Putrajaya itu dihadiri lebih 1,000 perwakilan akan tamat Jumaat ini lapor The Malaysian Insider

Cuba bayangkan bagaimana muka Najib bila Presiden Transparency International memintanya secara terbuka menjelaskan mengenai derma itu..

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »