Sama ada nak terima atau pun tidak alasan yang diberikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia berhubung tindakan dia menyertai perhimpunan BERSHIT 4.0 tu, terpulang kepada korang.
Cuma yang nak dibangkitkan ialah persoalan mengenai sejauh mana penerimaan dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah tu sendiri terhadap kehadiran Bekas Perdana Menteri Malaysia tu.
Jika dilihat dari kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, jelas puak - puak BERSHIT 4.0 tu tak peduli pun dengan kehadiran Mantan Perdana Menteri tu. Sebaliknya, dia pulak yang kena sindir.
Bahkan mereka juga turut membuat dakwaan, semua permasalahan yang berlaku pada ketika ini semuanya berpunca sejak pemerintahan yang dikuasai oleh Tun Mahathir tu sendiri sebelum ini.
(Artikel Berkaitan: Tian Chuak Anggap Tun Mahathir Cuba Mencuci Dosa!!!)
Jadi, bagaimana mungkin Mantan Perdana Menteri itu boleh mengharapkan puak - puak BERSHIT tu akan ikut saranan yang telah diberikan untuk menyokong calon Barisan Nasional selepas ini?
Kerana pada hakikatnya, sekali pun Datuk Seri Najib Tun Razak berundur dari jawatan Perdana Menteri pada ketika ini dan digantikan dengan orang lain, diorang tetap takkan berpuas hati.
Realitinya, yang mereka serang pada ketika ini BUKAN manusia yang bernama Najib Bin Tun Abdul Razak. Sebaliknya, sasaran mereka ialah Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO!
Waima Datuk Seri Najib digantikan dengan calon lain, puak - puak Pakatan Haramjadah tu sudah pasti akan tetap berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional yang diterajui oleh UMNO. Hakikat tu takkan pernah berubah!!!
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui demonstrasi jalanan merupakan jalan terakhir untuk memberi tekanan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Kalau kerajaan dah tak peduli pasal undang-undang, kita terpaksa gunakan demonstrasi. Lihat bekas Presiden Marcos Ferdinand, ketika memerintah Filipina, mereka terpaksa jatuhkan beliau melalui demonstrasi," katanya pada sidang media di sebuah restoran bersebelahan Pasar Seni di sini, Ahad.
Dalam pada itu, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi pendirian berhubung penyertaannya dalam Bersih 4.0 hanya sekadar mahu meneruskan tekanan terhadap Najib. Tegas beliau Bersih 4.0 merupakan platform terbaik untuk tujuan berkenaan.