Rezeki Tak Disangka Selepas Hisap Vape Dengan Sopan

Trend Vape On menjadi popular pada masa kini dan terdapat pelbagai andaian daripada orang awam mengenai tatacara penghisap vape yang dikatakan ada segelintir yang kurang sopan dengan selamba menghembus wap vape berkenaan tanpa menghiraukan perasaan orang lain.

Bagaimana caranya nak vape secara sopan?

“Apesal Hembus Vape Bawah Meja?”

Itulah yang ingin kami kongsikan di sini di mana seorang lelaki teruja berkongsi pengalaman yang sangat menakjubkan apabila rakannya menghisap vape dan menghembus wap vape berkenaan di bawah meja.

Menurutnya, kerana ramai orang semasa keluar sarapan, dia menasihatkan rakannya yang menghisap vape itu untuk melepaskan wap tersebut di bawah meja bagi menjaga hati orang sekeliling.

Tanpa diduga, seorang lelaki datang dan bertanyakan hal terbabit. Mungkin pelik melihat seseorang menghembus vape bawah meja, lelaki tersebut mendekati mereka.

Selepas memberi penjelasan mengapa beraksi sedemikian rupa, lelaki yang bertanya tersebut bertindak membayar kos sarapan mereka.

Senang bukan nak vape secara sopan?

Rezeki Tak Disangka Selepas Hisap Vape Dengan Sopan

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »