Dah masuk Kaison tak boleh keluar

Assalamualaikum...

KAISON.. korang pernah pergi sini tak? Aku selalu dengar, tengok orang pos gambar barang2 masa pergi kaison. Sikit pun tak tergugat wei.. hahahaa. Sampai la 1 hari tu, aku tanya member aku. Kat mana nak cari wording yang untuk display tu. Dia jawap KAISON. Terus aku teruja nak ke Kaison.
Entrace yang marabahaya

Kebetulan, Jumaat haritu aku Check up baby. Balik tu, aku pergi jumpa member kat Shah Alam. Lepas decide nak lunch kat mana, kitorang pun pergi ke Setia City Mall. Lepas je parking, terus teringat. Eh... sini ada Kaison kan... kan... kan.... dah excited mak yong rasa nak lompat2 je.



Ok, sabar dulu. Pergi makan dulu. Kecian kawan aku lapar dah tunggu aku sampai. Lepas makan, borak2... hati berdebar debar nak masuk Kaison ni. Orang kata, dah masuk tak jumpa jalan keluar. Tu yang aku risaukan ni. Whatsapp D mintak duit sikit. Hahaha... Duit done transfer. Ok, pas makan kasi keluar duit sikit dulu. harap2 tak meroyan.

Masuk je... Wahhh.... nak tu, nak ini... Jom tengok itu, tengok ini. Sampai terlupa yang aku ni, mengandung. Kawan aku dok risau. Ko ok tak? Aktif sangat ni. Huhuhu. Eh.. ok je. Dulu lagi aktif, mengandung pun pergi site. Ok kejap kedepan, kejap ke belakang. Nasib baik la dalam kepala aku dah fikir nak beli apa. Kalau tak, lagi la macam air duit tu keluar.

sikit je display ni, masuk tengok

Bila member aku tanya nak beli apa, aku ada je item yang nak beli. uhuh. Lagi 1, harga memang terbaik tau. Murah. Rasa memang berbaloi sangat. Kalau nak beli barangan untuk projek kids friendly aku tu pun banyak sangat kat sana. Jimat. Cuma, minyak keta dengan toll je tak jimat. HUaaaa....
Qist, ko jadi personal shopper aku je la wei... Banyak benda nak beli lagi ni.

Sempat selfie kat paris... Ehh... 
Entah berapa jam kitorang dalam tu. Adeh.. ku fikir duit ngam2 je ni. Kalau tak, Frame canvas paling besar dah aku rembat. Aku suh Kaison simpan dlu. Nanti aku bawak bank datang sana. Hihih... Cuma, macam tak boleh bawak anak je. kang semua patung dia peluk tak lepas. Pitam....

Makanya, siapa nak beli barangan deko untuk rumah, sila la ke Kaison. Dijamin korang pun lama dalam tu. Bahahah...

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »