Ahmad Maslan Kena 'Boo' Lagi.. Kali Ini Di PWTC..

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan di’boo’ penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berjalan keluar dari Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur petang tadi, selepas selesai menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti.

Lima minit sebelum itu, Muhyiddin yang juga timbalan presiden parti dilihat keluar dari pintu yang sama dan meninggalkan perkarangan bangunan itu dengan sorakan sokongan dan kata-kata semangat penyokongnya.

Salah seorang penyokong Muhyiddin yang enggan namanya disiarkan berkata, sorakan ‘boo’ itu kerana mereka kecewa dengan Ahmad.

"Ini sorakan kecewa, menteri GST kenalah terima asam garam politik apabila disindir.

“Mereka yang bersorak memang nakal, tetapi kami hanya sindir maka terimalah," kata ahli Umno Johor itu.

Seorang ahli veteran Umno Kedah yang ditemui berkata sorakan kecewa itu memalukan.

"Kejadian yang memalukan, Ahmad Maslan di’boo’ dan ada yang jerit ‘menteri GST’," katanya lapor The Malaysian Insider

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »