4 tempat menarik di TERENGGANU

1. Pulau Redang

Pulau Redang, terletak 45km di luar pesisir pantai Kuala Terengganu, merupakan pulau terbesar dalam sembilan buah pulau yang dilindungi di Laut China Selatan. Pulau ini menawarkan air laut sejernih kristal dan banyak tempat menyelam untuk keseronokan anda. Terlindung diantara Taman Marin Pulau Redang, air di sini kaya dengan hidupan marin. Pada waktu tengahari apabila cahaya matahari menyinari laut, terumbu karang yang cantik, buran dan ikan dapat dilihat
Perairan di sekitar Pulau Redang juga mengandungi dua bangkai kapal karam bersejarah: H.M.S. Prince of Wales dan H.M.S. Repulse, yang karam di sini sewaktu permulaan Perang Dunia II, di mana berlakunya pendudukan Jepun di Malaya. Pulau syurga ini sempurna untuk aktiviti snorkel, berenang, menyelam skuba, memasuki hutan, menaiki bot dan berkayak. Memancing tidak dibenarkan di dalam jarak 3.2km dari pulau kerana Pulau Redang diwartakan sebagai taman marin. Mengumpul terumbu karang dan hidupan akuatik lain adalah dilarang sama sekali. Berjaya Resort menawarkan padang golf dengan panorama yang indah.
Panduan Perjalanan
Menaiki Bot
Mulakan pengembaraan meneroka pulau anda dengan menaiki bot di mana-mana jeti di Kuala Terengganu dan Marang. Masa perjalanan ke Redang ialah satu jam dari Kuala Terengganu dan

2.Pasar Payang

Pasar Utama yang digelar Pasar Payang oleh penduduk tempatan terletak di pinggir Sungai Terengganu River. Ia salah satu tarikan utama pelancong di Kuala Terengganu. Terletak di dalam sebuah bangunan moden, ia menawarkan pelbagai barangan kraftangan seperti batik, sutera, songket, kain broked dan barangan tembaga serta hasil barangan segar.
Pelawat pasar ini akan merasai pengalaman hebat membeli-belah barangan tempatan pada harga berpatutan. Ia tempat terbaik untuk memahami budaya tempatan kerana pasar ini turut menjadi tempat penduduk tempatan berbelanja.

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Pasar Payang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu dan mudah untuk anda sampai ke sini walau di mana pun anda menginap.
.

3. Pulau Perhentian

Jangan lupa untuk melawat Pulau Perhentian. Terletak 21km dari pantai Terengganu, ia terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk nelayan, burung penghijrah dan sudah tentu mereka yang menghargai keindahan.
Terletak di hujung Taman Marin Pulau Redang, kawasan terumbu karang Pulau Perhentian yang indah mampu menarik minat penyelam dasar laut.
Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam.
Antara dua pulau ini, Pulau Perhentian Kecil lebih digemari oleh ‘backpacker’. Di sini, anda akan menemui pelbagai pilihan makanan dan penginapan bajet.
Manakala, Pulau Perhentian Besar, lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik. Namun begitu, terdapat juga chalet, asrama dan tapak perkhemahan di kedua-dua pulau.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Dari Kuala Terengganu, naik teksi atau bas ke pelabuhan memancing Kuala Besut. Ia berada kira-kira 1 jam perjalanan ke utara pekan. Jeti berada di sana.
Menaiki Bot
Naik bot di Kompleks Perikanan ke Pulau Perhentian. Perjalanan menaiki bot ke pulau mengambil masa kira-kira satu jam.

4. Tasik Kenyir

Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dengan keluasan 260,000 hektar.
Ia juga merupakan empangan elektrik-hidro yang dilitupi konkrit terbesar di Malaysia. Apabila kawasan itu dibanjirkan, kebanyakan bukit berada di atas paras air lalu membentuk kira-kira 340 pulau buatan manusia.
Hutan hujan yang mengelilingi kawasan tasik mewujudkan pemandangan flora dan fauna yang menakjubkan.
Ini termasuk termasuk paku-pakis, orkid eksotik, burung kenyalang, gajah, dan harimau kumbang. Ia turut menjadi rumah kepada lebih dari 8,000 spesis bunga, 2,500 spesis tumbuhan dan pokok,800 spesis orkid dan 300 spesis kulat.
Ia adalah tempat percutian hebat bagi pencinta alam semula jadi memandangkan ia dikelilingi oleh hutan hujan tropika tebal.
Ia turut menjadi syurga bagi pengail kerana tasik ini dihuni oleh ratusan spesis ikan air tawar seperti ikan Baung, Toman, Kelisa, Lampam dan Kelah.
Dikelilingi hutan tropika yang luas, kawasan tasik terkenal dengan aktiviti memancing, menaiki bot, berkayak, meredah hutan, pemanduan 4WD dan golf.
Pelbagai jenis penginapan tersedia dari resort 3 bintang, chalet di atas pulau, resort terapung atau bot rumah di mana bilik dan makanan disediakan.
Bot rumah yang menyusuri sungai hingga ke kawasan air terjun dan kawasan memancing memberi pengalaman menyeronokkan kepada pencinta alam semula jadi.
Tasik Kenyir turut menjadi laluan masuk ke Taman Negara melalui Tanjung Mentong.

Panduan Perjalanan

Menaiki kereta
Ada beberapa laluan alternatif untuk ke Tasik Kenyir. Jika anda menaiki kereta dari Kuala Lumpur, pandu ke Ajil melalui Lebuhraya Karak ke Lebuhraya Jerengau-Jabor kemudian terus ke Kenyir. Satu lagi laluan alternatif yang boleh digunakan untuk ke jalan raya tepi pantai melalui Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan kemudian ke Tasik Kenyir.
Laluan udara
Anda boleh terbang dengan Penerbangan Malaysia atau Air Asia. Mereka menyediakan penerbangan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, anda boleh menaiki teksi terus ke Tasik Kenyir.
Menaiki bot
Ada beberapa pengusaha bot di Jeti Gawi, yang boleh membawa anda menyusuri Tasik Kenyir menggunakan bot rumah kaca bertingkat. Anda dinasihatkan untuk membuat tempahan. Sesetengah agensi pelancongan menawarkan pakej lawatan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »