Inilah Apa Yang Kapal Terbang Lakukan Kepada Sisa Kumbahan Manusia

post-feature-image
Sebelum ini mesti ada antara kita yang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada sisa buangan manusia yang ditinggalkan dalam bilik air kapal terbang. Kemana ia pergi dan bagaimana ia diuruskan.

Ada yang buat lawak mengatakan bahawa semua najis itu di lepaskan ke bawah, nasib la penghuni bumi yang tidak bernasib baik itu. Ok, itu tidak lawak. Lame. Sila hentikan lawak ini.

Zaman teknologi ini kita sering mencari jalan untuk menyelesaikan masalah dan memastikan kita dapat hidup dengan selesa. Maka inilah apa yang teknologi hari ini lakukan kepada sisa najis kita.

Boleh tonton video di bawah.

Sedikit info berkaitan Blue Ice

Blue Ice dari konteks penerbangan ialah sisa kumbahan yang membeku dan bocor di tengah-tengah penerbangan pesawat. Sisa kumbahan dan cecair penyahinfeksi inilah yang membeku dan membentuk pepejal berwarna biru, warna cecair penyahinfeksi itu sendiri.

Walaupun kelihatan tidak memberi ancaman bahaya yang besar, namun banyak kes telah dilaporkan sebelum ini yang mengakibatkan kerosakan yang teruk kepada objek yang terkena Blue Ice yang jatuh dari langit ini. Dengan kekuatan yang mampu merosakkan bumbung-bumbung rumah.

Mungkin inilah lawak yang dimaksudkan sebelum ini.

Namun sekarang teknologi sudah berubah. Tonton video sehingga habis. Enjoy! - Viraliyat

Akibat Guna Lipstick Palsu, Inilah Yang Terjadi Kepada Wanita Ini Mengejutkan

                        post-feature-image

Wanita memang tidak dapat dipisahkan dengan barang kosmetiknya tidak kira lah bedak ataupun
lipstick. Namun, jika dibeli secara melulu ianya boleh memberi kesan buruk kepada kita.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Myna telah mendedahkan kesan buruk dari memakai lipstick palsu. Jom baca luahan beliau.

Pernah dengar tak, asal ada skill pakai benda murah hat chemical tinggi and banyak paraben pun jadi lawa kan? But do you know, ada beza lawa pakai fake item and original a.k.a branded one okay. Nak murah punya pasal, pakai fake item tanggung sendiri di kemudian hari.

Attention ye, tak ada ditujukan kepada sesiapa-siapa. Just self reminder okay. We are precious girl, so please and please love your skin. Ini info copy paste dari sahabat Facebook saya, di mana saudara dia sendiri sudah terkena. Bacalah ya.

Akibat Salah Guna Lipstick Palsu.

Bukan nak kondem sesiapa jual lipstick. Ini juga bukan isu sesuai atau tidak sesuai dengan bibir si pemakai.

Lipstick luar memang murah tetapi, tahu tak ada chemical, paraben and so on. Dalam gambar ini, dia sudah mendapatkan rawatan doktor. Bibir dia siap bernanah lagi. Doktor sudah mengesahkan bahawa lipstick itu ada bahan kima.

Hati-hatilah ye. Nak murah, nak cantik, terpaksalah tanggung sakit. Yang ada masalah bibir sensitif, jangan guna lips yang matte. Yang tak ada masalah pula untuk pemakaian jangka masa lama akan ada masalah juga jika produk tersebut ada chemical.

Say no to fake and cheap cosmetic. Sekali lagi diingatkan, ini tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Hanya sekadar nasihat sahaja.

Apapun, tidak salah kita mengambil iktibar dari kisah ini supaya lebih berhati-hati dengan barangan palsu. Sayangilah diri anda!

Lihat Cara Kerja Anak Bongsu Obama Bekerja Sambilan Di Restoran

Anak Bongsu Obama Bekerja Sambilan Di Restoran, Diawasi 6 Anggota Secret Service:

AMERIKA SYARIKAT - Anak bongsu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Natasha, 15, menarik perhatian dunia apabila melakukan kerja sambilan di sebuah restoran makanan di Massachusetts.


Natasha yang lebih mesra dikenali sebagai Sasha mengambil kesempatan untuk bekerja di sebuah restoran makanan laut yang popular, Martha’s Vineyard, sempena cuti sekolah yang panjang.

AMERIKA SYARIKAT - Anak bongsu Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Natasha, 15, menarik perhatian dunia apabila melakukan kerja sambilan di sebuah restoran makanan di Massachusetts.

Natasha yang lebih mesra dikenali sebagai Sasha mengambil kesempatan untuk bekerja di sebuah restoran makanan laut yang popular, Martha’s Vineyard, sempena cuti sekolah yang panjang.

Walaupun beliau mengenepikan kemewahan yang dimiliki untuk mendapat pengalaman hidup, tetapi sebagai anak Presiden dia tidak dapat lari dari protokol.

Menurut media antarabangsa, Sasha akan diiringi oleh enam anggota kontinjen perkhidmatan rahsia ketika beliau bertugas di restoran itu.

Difahamkan, enam ejen tersebut akan menunggu di kawasan yang berdekatan untuk mengawasi beliau.


Sementara itu, beberapa rakaman gambar Sasha bekerja di restoran tersebut turut viral di media sosial.

Gambar itu menunjukkan Sasha dalam pakaian seragam biru dan bertopi, berkhidmat sebagai pelayan restoran.


Rumah Putih setakat ini masih belum mengulas laporan itu tetapi sebelum ini, Wanita Pertama Michelle Obama pernah menyatakan bahawa beliau akan membesarkan kedua-dua anak perempuannya seperti remaja biasa. -

                        [Image: CpBtFIDUIAEH03_.jpg]
Gambar yang dirakam selepas habis bekerja.

                                   [Image: kKQ1KM]

Tahun 1928 Memang Dah Ada Telefon Bimbit

IMEJ dalam filem The Circus tahun 1928 menunjukkan seorang wanita (dalam petak) seolah-olah sedang bercakap dengan menggunakan telefon bimbit.


LONDON - Imej seorang wanita misteri dalam filem The Circuslakonan pelawak terkenal, mendiang Charlie Chaplin pada tahun 1928 mencetuskan misteri apabila dia dilihat berbual dengan menggunakan sebuah telefon bimbit bersaiz kecil di telinganya, lapor sebuah akhbar semalam.

Mungkinkah dia seorang yang genius yang sedang menguji teknologi baru secara rahsia sehingga dia tidak menyangka gelagatnya yang sedang berbual seorang diri dengan tangannya seperti memegang satu alat seperti telefon bimbit telah dirakamkan oleh kamera filem berkenaan.

Dalam imej itu, tiada sesiapa pun yang berada berhampiran dengannya melainkan seorang lelaki berpakaian sut yang berjalan di depannya.

Lebih menghairankan, lenggok tubuhnya ketika bercakap seorang diri kelihatan sama dengan gaya orang yang berbual menggunakan telefon bimbit.

Penemuan itu dikesan oleh pemilik koleksi filem lama, George Clark.

Sejak penemuan itu, dia menunjukkan filem tersebut kepada lebih 100 orang namun tiada siapa yang dapat memberikannya penerangan yang meyakinkan berhubung gelagat wanita berkenaan.

Ada yang berpendapat wanita itu mendengar sebuah radio kecil.

Individu lain berpendapat wanita itu menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit schizophrenia.

"Satu-satunya teori saya ialah wanita tersebut merupakan seorang pengembara masa yang menggunakan telefon bimbit," kata Clark yang turut meletakkan klip video tersebut di laman perkongsian video, YouTube.

Dalam laman YouTube itu, terdapat adegan gerak perlahan yang menunjukkan wanita itu seperti sedang bercakap menggunakan telefon bimbit semasa dia berjalan dan berhenti pada satu ketika. - Agensi 

SKODENG WARGA ASING DI RUMAH KONGSI TAPAK PEMBINAAN

Dah jadi kaki skodeng pulak aku ni sejak dua menjak ni. Sejak buka tingkap nampak projek pembinaan kondo yang mengadap tingkap rumah aku.. Dari hutan pokok dah semakin menjadi hutan batu. Simpati aku monyet yang pernah menghuni hutan tu dulu.. Tinggal sejemput je hutan untuk mereka berkampung. Selalu nampak dorang naik ke atas bukit area rumah aku selongkar tong sampah cari makan. Tak lama lagi orang komplen ada la operasi membunuh pulak. Kejamnya manusia kan...

Gambar pinjam google

Sejak projek pembinaan kondo tu bermula asal buka tingkap je atau jenguk keluar tingkap mesti nampak aktiviti buruh binaan yang majoriti warga asing. Dari sifat, bentuk wajah & kulit tu rasanya terdiri daripada warga bangladesh & indonesia. Tapi aku tak pernah la pergi dok interview depa kat tapak pembinaan tu asal mana, anak sapa bila sampai. Setiap hari aku cuma akan skodeng dari tingkat 9 rumah aku terus ke tapak pembinaan tu.

Gambar snap pagi tadi. Macam enjoy pulak tengok kehidupan mereka. hehehe

Bila tengok kehidupan mereka di rumah kongsi & bekerja kat tapak pembinaan tu lama2 timbul satu rasa insaf. Kita suka mengeluh akan kenikmatan yang mungkin kita tak mampu miliki sampai kita lupa sebenarnya apa yang kita miliki ini lebih baik dari sesetengah orang lain. Tengok warga asing yang bekerja buruh binaan tu.. Tinggalkan keluarga anak isteri.. Bersyukur la kau masih jumpa suami kau hari hari. Cuma kadang2 dia balik awal.. kadang2 dia balik lewat sikit. Bila suami kau kena kerja hari minggu kau mula muncung sedepa seolah2 macam sepuluh tahun dah suami kau kena kerja hari minggu. Bayangkan anak isteri pekerja buruh binaan tu mungkin tak jumpa suami dia dalam tempoh 5 - 6 tahun.. Dari situ kau akan rasa Ya Allah.. nikmat yang aku dapat adalah lebih banyak dari mereka mereka ni.

Gambar ni aku ambil guna 100% zoom sebab jauh jugak lokasi dia. Almaklum la aku guna galaxy s4 zoom je. Rumah aku atas bukit sikit & duduk pulak tingkat 9. Bayangkan jarak tu.. Tu pun syukur boleh zoom sampai ke tapak pembinaan kat bawah bukit rumah aku ni. Tapi kalau guna smartphone ni yang ada dua camera kat belakang rasanya lagi clear gambar boleh snap >> Bagaimana smartphone yang Dilengkapi Dual-Kamera Leica Ini Berjaya mengambil gambar Sehebat Ini <<

Tengok depa bekerja di tengah panas setiap hari.. Bersyukur la kau masih mampu menikmati kehidupan yang selesa tanpa perlu struggle sampai macam tu sekali. Kau masih mampu makan sedap2 kat cafe2 & restoran yang bukan semua orang mampu makan.. sedangkan mereka kita tak nampak apa mereka makan untuk terus bekerja di esok hari.

Bila kau rasa badan kotor & melekit.. Kau ada bilik air tertutup & selesa untuk kau mencuci badan tanpa di pandang orang lain. Lihat mereka... kehidupan di rumah kongsi terpaksa mandi di tempat terbuka bercampur lelaki & perempuan. Terpaksa sebab itu bukan pilihan mereka tapi itu ja yang di sediakan pihak majikan untuk mereka.

Ni je gambar yang aku rasa boleh di share. Ada gambar mandi beramai ramai campur lelaki & perempuan tak sesuai pulak untuk aku share.

Bersyukurlah... Jangan terlalu banyak mengeluh. Kenikmatan itu tak datang dengan hanya merintih.. Berusahalah seperti mereka tapi dengan kepakaran & cara kita sendiri.

Moral of the story.. Selalulah memandang orang yang lebih susah untuk kita belajar erti bersyukur. Supaya kita kurang merungut dengan apa yang kita tiada.
Kehebatan Angkatan Tentera Malaysia Yang Cuba Disembunyikan Oleh Hollywood Daripada Kita

Kehebatan Angkatan Tentera Malaysia Yang Cuba Disembunyikan Oleh Hollywood Daripada Kita

                   IMG_20160801_131943

Duk sembang pasal politik pasal budak sekolah viral, meh kita sembang pasal Tentera pula, pasal ATM khususnya Rejimen Askar Melayu Diraja.

Tadi bersembang dalam telefon dengan sepupu rapat dari kampung, Mat Zuki Abdullah atau pun lebih dikenali sebagai Mael Chupeng di kalangan adik beradik.

Saya call dia nak tanya kisah “Black Hawk Down” di Somalia yang Hollywood buat filem tapi tak ada pun babak Tentera Malaysia pergi selamatkan tentera Amerika tu.

Saya ingat lagi waktu Mael dan rakan-rakannya, Rejimen Askar Melayu Diraja dari Kem Sg Layar Sg Petani nak berangkat naik kapal terbang di Bayan Lepas ke Somalia, saya ada sekali hantar dia di airport.

Bila balik daripada misi di Somalia, macam-macam yang Mael cerita kat saya; antaranya ialah kisah keberanian rakan-rakannya team ATM pergi selamatkan tentera Amerika yang terkepung selepas Black Hawk terhempas ditembak pemberontak Somalia.

Tadi saya telepon Mael nak confirm sekali lagi ceritanya. Mael cerita:

Waktu tu dia dan kawan-kawan dia bertugas mengawal kawasan landasan kapal terbang di situ. Petang tu dia nampak ada roket ditembak naik ke atas, mulanya dia tak pasti apa yang berlaku.

Lepas tu baru dapat maklumat yang Black Hawk tentera Amerika dalam operasi menangkap Jeneral Aidit Warlord Somalia tu kena tembak dan terhempas.

Pada mulanya PBB hantar pasukan dari negara lain untuk pergi selamatkan tentera Amerika yang terkepung tu, tentera Pakistan kalau tak silap – tapi tak lepas nak masuk sebab tembakan roket dll bertalu-talu.

Akhirnya mereka minta bantuan Malaysia.

Mael kata lepas solat maghrib dua kompeni tentera Malaysia bergerak masuk ke kawasan market Bakara (tak pasti nama). Mael cerita tentera kita masuk ikut formasi (teknik peperangan) tertentu.

Berlaku pertempuran sengit dengan tentera pemberontak somalia, dari maghrib hingga ke subuh, roket dan segala makneka senjatapi ditembak bertalu-talu.

                                              

Mael kata dia yang tak ikut serta kerana tugasan berbeda, dari jauh boleh nampak percikan cahaya ke langit dan bunyi senjata api berdentum-dentam, nampak macam orang main bunga api dan mercun malam raya.

Lepas subuh baru reda, waktu tu lah mereka pergi kutip mayat tentera Amerika dan selamatkan tentera-tentera Amerika yang terkepung.

Mael kata kalau tentera kita tak pergi bertempur sepanjang malam tu, pakat mati habislah tentera-tentera Amerika yang terkepung tu.

Hebatnya Angkatan Tentera Malaysia ATM yang Hollywood cuba sembunyikan dari kita.

Sesekali seronok juga duk dengar cerita kisah kehebatan negara kita. Hidup ATM, Hidup Malaysia!

Mael sepupu saya ni pun dah lama pencen, dia cerita ada kawan-kawan dia yang turun perang malam tu sekarang dah pencen dan kerja jaga pump minyak di Sg Petani.

Mael kata nak buat macam mana, askar pencen macam itu sajalah kerjanya. Perwira negara tu.

                             

Dalam gambar, Mael dalam jeep tentera Amerika. Mael kata itu gambar selepas kejadian Black Hawk down.

Sebelum tu bukan kata nak naik, nak amik gambar kereta mereka pun tentera Amerika tak bagi. Tapi lepas kejadian itu, berduyun-duyun pegawai atasan tentera Amerika mari melawat kem Malaysia, ucap tahniah dan terima kasih bertalu-talu.

Hebat juga negara kita Malaysia ini rupanya, kita saja yang tak tahu!

Najib PM Paling Tertekan Di Dunia..



Datuk Seri Najib Razak adalah perdana menteri yang paling tertekan di dunia, kata pengarah komunikasi strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Sejak dia memegang jawatan (pada tahun 2009), beliau menjadi perdana menteri yang paling tertekan di dunia.

"Kenapa, kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak mahu menggunakan otak mereka. Mereka hanya menggunakan emosi.

"Ini politik yang merosakkan. Itulah sebabnya kita tertekan sepanjang masa. Tetapi, Najib bersabar, berani dan sentiasa tersenyum," katanya.

Menggunakan analogi perlawanan bola sepak, beliau berkata Najib telah menjaringkan 15-0 terhadap pesaing beliau.

Beliau memetik ahli-ahli parlimen, menteri-menteri kabinet, parti-parti komponen BN, ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno, Umno Bahagian, sayap Umno, penjawat awam, polis, tentera malah raja-raja juga bersama Najib.

"Untuk mengalahkan Najib, mereka (pembangkang) terpaksa melakukan dakwaan berulang," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Umno Bahagian Kepong.

"Kadang-kadang kita meminta pemain import untuk mengalahkan pemain negara kita. Ini bahaya. Jika pemain import datang, maka akan hancur," katanya.

Rahman yang juga ahli parlimen Kota Belud berkata Pemuda Umno diajar untuk mempertahankan negara dari unsur-unsur asing, tanpa mengulas lanjut.

"Kita tahu mereka (kuasa asing) mempunyai campur tangan kasar dan lembut. Jika (mereka) mahu kasar, pergi ke Mesir, Afghanistan, Syria, Lebonon, Iraq dan Iran; jika (mereka) mahu lembut, datang ke Malaysia," katanya.

"Mereka akan menggunakan rakan-rakan di mana sebahagian daripada mereka berusia lebih 90 tahun, yang harus bersara daripada politik," katanya.

Beliau kemudian meminta pengkritik Najib bersikap 'gentlement' dengan mengalahkannya dalam pemilihan parti.

"Memang benar bahawa Dr. Mahathir Mohamad, 1MDB dan Jabatan Kehakiman adalah isu-isu kepada kami, kami akan menyelesaikannya satu demi satu," katanya.